
Suspek turut melecur teruk selepas membakar diri sendiri dan kedua-duanya kini terpaksa ditidurkan di Hospital Enche’ Besar Hajjah Kalsom akibat melecur teruk.
Ketua Polis Kluang, Bahrin Mohd Nor, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.46 pagi berhubung kebakaran sebuah kereta di lokasi berkenaan.
“Siasatan awal mendapati suspek, seorang lelaki tempatan berusia 44 tahun, menarik mangsa wanita tempatan berusia 37 tahun keluar daripada sebuah bas pekerja sebelum menyimbah petrol ke badan mangsa dan dirinya sendiri.
“Suspek kemudian menyalakan pemetik api, menyebabkan kedua-duanya terbakar,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.
Beliau berkata seorang lelaki tempatan yang cuba membantu mangsa dalam kejadian itu turut dikejarkan ke hospital.
“Lelaki tempatan itu mengalami kecederaan melecur di bahagian tangan dan kaki.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh,” katanya.