Penyokong ‘Bossku’ hadir beri sokongan di Istana Kehakiman

Penyokong ‘Bossku’ hadir beri sokongan di Istana Kehakiman

Beberapa tokoh politik turut hadir, termasuk bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim, Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki dan Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh.

penyokong najib
Penyokong Najib Razak tiba di luar mahkamah seawal 6 pagi hari ini.
PUTRAJAYA:
Berpuluh-puluh penyokong menyambut Najib Razak yang tiba di Istana Kehakiman kira-kira jam 8.30 pagi hari ini, sambil melaungkan ‘Bebaskan Bossku’ untuk bekas perdana menteri itu.

Kehadiran penyokong yang datang seawal 6 pagi itu turut disertai bekas menteri undang-undang Zaid Ibrahim, Setiausaha Agung Umno Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Pemuda Dr Akmal Saleh dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Mahdzir Khalid.

Mahkamah Persekutuan dijadual menyampaikan keputusannya hari ini sama ada peguam negara boleh merayu terhadap kebenaran yang diberikan kepada Najib untuk meneruskan prosiding semakan kehakiman bertujuan untuk menguatkuasakan titah adedum tahanan rumah.

Panel tiga hakim, diketuai Hakim Besar Malaya Hasnah Hashim, Hakim Mahkamah Persekutuan Zabariah Yusof dan Hanipah Farikullah akan menyampaikan keputusan itu.

Najib, yang disabitkan atas kesaahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, telah menjalani hukuman di penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022. Beliau memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 Sept 2022.

Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan kemudiannya mengurangkan separuh tempoh penjaranya daripada 12 tahun kepada enam dan mengurangkan dendanya daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.