
Beliau berkata, kes penganiayaan pekerja asing tidak sepatutnya berlaku di Malaysia, lebih-lebih lagi apabila negara kini menjadi pengerusi Asean.
“Kita bukan negara yang langsung tidak hormat pekerja asing. Kita ada undang-undang sendiri, dan kita perlu hormati setiap insan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Pelan Tindakan Kebangsaan Perniagaan dan Hak Asasi Manusia (NAPBHR) pertama Malaysia hari ini.
Pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Hishamudin Yunus bersetuju dengan kenyataan Azalina, dan mengulangi bahawa pekerja asing juga layak mendapat perlindungan daripada institusi di Malaysia.
“Pekerja asing yang dieksploitasi sentiasa boleh buat laporan kepada Suhakam. Kami akan menelitinya. Itu prosesnya,” katanya.
Ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Parlimen minggu lepas, Lim berkata, gaji minimum RM1,700 dan caruman KWSP 2% ‘tidak perlu diwajibkan’ bagi pekerja asing sedia ada.
Beliau memetik dasar Singapura yang tidak mewajibkan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pusat untuk pekerja asing sejak 2003, yang menurutnya tidak mendatangkan sebarang tindakan daripada Pertubuhan Buruh Antarabangsa.
“Justeru, paras gaji minimum RM1,700 dan caruman KWSP 2% itu hanya patut dikenakan bagi pekerja asing baharu, kerana majikan mengambil pekerja sedia ada berdasarkan syarat-syarat terdahulu,” kata Lim.