
Tertuduh, Mohd Nazrul Md Yassin, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Yusna Khadijah Md Yusop, lapor Bernama.
Berdasarkan kertas pertuduhan, dia didakwa merompak telefon bimbit, pasport, wang tunai RM440 dan baki Touch ‘n Go (TnG) eWallet berjumlah RM210 pada 6.10 petang di Kampung Miku Pindah, Rembau.
Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Goh Hsiao Tung manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 14 Ogos ini untuk sebutan semula kes di hadapan hakim Mahkamah Sesyen.