Tarik bayi selepas curi makanan laut, lelaki Vietnam direman 4 hari

Tarik bayi selepas curi makanan laut, lelaki Vietnam direman 4 hari

Media semalam melaporkan seorang bayi lelakinya 11 bulan ditarik seorang lelaki Vietnam yang memegang sebilah pisau dalam kejadian kira-kira 12.45 tengah hari.

mahkamah bukit mertajam
Mahkamah Majistret Bukit Mertajam mengeluarkan perintah reman hingga Rabu depan terhadap suspek untuk siasatan mengikut Seksyen 380, 324 dan 506 Kanun Keseksaan. (Gambar fail)
PETALING JAYA:
Seorang warga Vietnam direman empat hari kerana menarik bayi 11 bulan didukung ibunya ketika cuba melarikan diri selepas mencuri makanan laut dalam sebuah pasar raya di Jalan Telaga Air, dekat Bukit Mertajam semalam.

Berita Harian melaporkan Majistret Nurul Aina Ahmad mengeluarkan perintah reman hingga Rabu depan terhadap lelaki 36 tahun yang juga pengawal keselamatan beranak tiga itu untuk siasatan mengikut Seksyen 380, 324 dan 506 Kanun Keseksaan.

Media semalam melaporkan seorang bayi lelakinya 11 bulan ditarik seorang lelaki Vietnam yang memegang sebilah pisau dalam kejadian kira-kira 12.45 tengah hari.

Ketika kejadian, penyelia pasar raya mahu menahan suspek yang dikatakan keluar dari premis membawa beberapa makanan laut tanpa membuat pembayaran.

Ketua Polis Seberang Perai Utara, Anuar Abd Rahman dilaporkan berkata, berlaku pergelutan dengan ibu bayi itu dan beberapa orang awam sebelum suspek ditahan penyelia bersama pekerja lain.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.