
Ketua Polis Kajang, Naazron Abdul Yusof, berkata ini susulan pihaknya mengesan satu video tular dimuat naik semalam oleh pemilik akaun X @Negeri09 yang mendakwa berlaku kejadian gangguan seksual melibatkan kanak-kanak dan seorang lelaki dikasari.
“Semakan mendapati laporan polis telah dibuat oleh seorang lelaki tempatan berusia 32 tahun yang merupakan bapa mangsa pada 12 Mac lepas, memaklumkan anaknya dicabul pada 27 Feb. Laporan dibuat selepas mangsa menceritakan kejadian itu kepada keluarganya pada 11 Mac.
“Saksi kejadian masih dikesan bagi membantu siasatan memandangkan tiada rakaman kamera litar tertutup di lokasi,” katanya dalam kenyataan.
Kes disiasat bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Norfaziana Sirkam di talian 019 5759045 atau balai polis berdekatan.