
Komander PPM Wilayah 4 Sabah Mohd Nazri Ibrahim berkata lelaki berusia 32 dan 38 tahun itu ditahan bersama dua van yang membawa rokok berkenaan dalam operasi kira-kira 1 pagi.
“Hasil pemeriksaan ke atas kenderaan terbabit menemukan longgokan plastik hitam yang mengandungi sejumlah besar rokok pelbagai jenama dipercayai diseludup masuk dari negara jiran, lebih 1.62 juta batang rokok dirampas,” katanya menurut laporan Bernama.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Akta Kastam 1967.
Menurut Mohd Nazri, PPM Wilayah 4 Sabah mengalu-alukan kerjasama masyarakat dalam menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan jenayah sekali gus menangani penyeludupan demi kesejahteraan serta keselamatan negara.