
IPOH: Mayat wanita dalam keadaan reput ditemukan di sebuah rumah di Taman Klebang Jaya, Chemor, petang tadi.
Ketua Polis Ipoh Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata mayat ditemui oleh seorang lelaki yang merupakan ejen syarikat penapis air dan penyaman udara kira-kira pukul 4.25 petang.
“Pengadu memaklumkan terdapat mayat dalam keadaan reput disyaki wanita, yang dilihat melalui tingkap rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan.
Pihak forensik dimaklumkan berkenaan insiden itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.