Eksport semikonduktor Malaysia kekal dikecuali tarif AS, kata Tengku Zafrul

Eksport semikonduktor Malaysia kekal dikecuali tarif AS, kata Tengku Zafrul

Tengku Zafrul Aziz berkata sekitar 65% eksport semikonduktor Malaysia datang dari syarikat AS beroperasi di Malaysia.

tengku zafrul
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz, berkata pihaknya sedang kerjasama rapat dengan BNM bagi nilai impak tarif 100% dan kesan terhadap pelbagai rantaian bekalan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Zafrul Aziz berkata eksport semikonduktor negara ke Amerika Syarikat (AS) dikecualikan daripada tarif 100% yang diumumkan Presiden Donald Trump, semalam.

Malaysia selaku pengeksport semikonduktor keenam terbesar dunia, dengan Tengku Zafrul berkata, tarif tersebut akan memberi ‘implikasi serius’ kepada negara pengeksport utama seperti Malaysia.

“Setakat ini, eksport semikonduktor Malaysia ke AS masih dikecualikan daripada tarif timbal balas ini,” katanya di Dewan Rakyat.

“Namun, pengecualian ini tertakluk semakan semula dan boleh berubah pada bila-bila masa bergantung kepada hala tuju dasar pentadbiran AS.”

Awal hari ini, dalam majlis di sebuah hotel, Tengku Zafrul berkata kementeriannya sedang bekerjasama rapat dengan Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menilai sepenuhnya impak tarif berkenaan, serta kesannya ke atas pelbagai rantaian bekalan.

Beliau turut menyatakan kira-kira 65% daripada eksport semikonduktor Malaysia ke AS datang daripada syarikat-syarikat negara itu yang beroperasi di Malaysia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.