Warga emas maut dipercayai dipukul anak guna kerusi

Warga emas maut dipercayai dipukul anak guna kerusi

Lelaki berusia 74 tahun terbabit meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

garisan polis
Suspek dipercayai telah ditahan di rumah mereka dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra Kuala Krai untuk bedah siasat.
PETALING JAYA:
Seorang warga emas maut dipercayai dipukul oleh anaknya menggunakan kerusi dalam kejadian di Kuala Krai, Kelantan pagi tadi.

Kejadian kira-kira 6.30 pagi itu menyebabkan lelaki berusia 74 tahun terbabit meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Menurut Berita Harian, sebelum itu dipercayai berlaku perbalahan antara mangsa dan suspek sehingga suspek memukul mangsa menggunakan kerusi kayu.

Berikutan itu, suspek kemudiannya ditahan di rumah mereka dan mayat mangsa akan dihantar ke Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Krai Mazlan Mamat ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Katanya, maklumat lanjut berhubung kes itu akan dimaklumkan selepas ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.