SKMM diarah siasat susulan penafian Muhyiddin, kata PMO

SKMM diarah siasat susulan penafian Muhyiddin, kata PMO

Muhyiddin Yassin semalam nafi pernah keluar kenyataan pertahan kebajikan warga asing dalam isu rasionalisasi subsidi.

anwar-muhyiddin
Pengerusi PN Muhyiddin Yassin yang nafi keluar kenyataan pertahan kebajikan warga asing dalam isu rasionalisasi subsidi mahu Perdana Menteri Anwar Ibrahim kemuka bukti untuk dakwaan itu.
PETALING JAYA:
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) diarah menjalankan siasatan selepas pengerusi Perikatan Nasional nafi pernah keluar kenyataan mempertahankan kebajikan warga asing dalam isu rasionalisasi subsidi.

Perkembangan ini diumumkan oleh Pejabat Perdana Menteri hari ini, mengatakan ia mengambil maklum penafian itu.

“Sebagai kerajaan yang menjunjung ketelusan dan bertanggungjawab, perdana menteri mengarahkan SKMM untuk menyiasat perkara ini serta mengambil tindakan sewajarnya,” menurut kenyataan.

Muhyiddin Yassin, dalam penafian di Facebook semalam, menggesa Anwar Ibrahim mengemukakan bukti untuk dakwaan itu.

Muhyiddin mengulas dakwaan perdana menteri bahawa beliau mempertikai kerajaan membebankan orang asing yang turut menyumbang kepada negara susulan pelaksanaan rasionalisasi subsidi.

Muhyiddin menyifatkan dakwaan itu sebagai fitnah, dan menunjukkan Anwar tidak membuat semakan dengan betul sebelum mengeluarkan kenyataan di Parlimen.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.