
Menurut laporan The New Straits Times, suspek dilaporkan mengikat dua pengawal keselamatan sebelum memasuki rumah, menyebabkan saksi itu mengalami kecederaan di muka dan tangan.
“Penyerang juga memberi amaran supaya dia hanya duduk di rumah dan jangan cuba menjadi wira,” kata satu sumber.
Ketua Polis Petaling Jaya Shahrulnizam Ja’afar mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan satu pasukan daripada bahagian siasatan jenayah berada di lokasi kejadian.
Ketua pendakwaan dalam kes Lim, Wan Shahruddin Wan Ladin, berkata pihaknya akan membangkitkan perkara ini apabila perbicaraan bersambung pada 19 Ogos.
Lim didakwa menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri Pulau Pinang ketika itu untuk meminta 10% daripada keuntungan projek terowong dasar laut daripada seorang ahli perniagaan serta menerima rasuah berjumlah RM3.3 juta.
Beliau juga berdepan dua pertuduhan pecah amanah melibatkan tanah kerajaan negeri bernilai RM208.7 juta.