Harga runcit RON95, RON97 kekal

Harga runcit RON95, RON97 kekal

RON95 kekal dijual pada RM2.05 seliter, manakala RON97 pada RM3.17 seliter hingga 13 Ogos.

PETALING JAYA:
Harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala harga RON97 kekal pada paras RM3.17 seliter bagi tempoh 7 Ogos hingga 13 Ogos.

Kementerian Kewangan turut memaklumkan dalam kenyataan, harga runcit diesel di Semenanjung pula naik tiga sen seliter daripada RM2.91 kepada RM2.94.

Sementara itu, harga runcit diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada paras RM2.15 seliter.

Menurut kementerian, penetapan harga runcit itu berdasarkan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.