Budak 2 tahun maut jatuh lubang pembentung

Budak 2 tahun maut jatuh lubang pembentung

Mangsa ditemukan terapung di dalam pembentung di Jalan Pedada, Sibu, pada 7 malam.

Sejurus menerima panggilan kecemasan pada 6.29 petang, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dikejarkan ke lokasi kejadian di Jalan Pedada. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang budak lelaki dua tahun ditemukan maut selepas terjatuh ke dalam lubang pembentung di Jalan Pedada, Sibu, petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.29 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dikejarkan ke lokasi

“Sebaik tiba, anggota bomba dimaklumkan (oleh bapa mangsa) seorang kanak-kanak lelaki dipercayai terjatuh ke dalam lubang pembentung berhampiran laluan terbabit,” katanya, lapor Berita Harian.

Bomba yang mula mencari mangsa pada 6.55 petang kemudian menemukan kanak-kanak tersebut terapung di dalam pembentung itu pada 7 malam.

Setelah dikeluarkan, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) yang turut berada di lokasi.

Mayat kemudiannya diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.