
Individu yang kelihatan seperti seorang pempengaruh media sosial itu berkata gelandangan terbabit bersetuju untuk membantu mereka membuat video tersebut, dan sudah tahu akan diberi nasi dan tulang ayam semata-mata untuk video itu.
Dalam suatu video, pengguna Instagram @aluk_77 menegaskan mereka sebenarnya tidak memberi lelaki itu hanya tulang ayam, dan telah memberikannya makanan dengan dua ketul ayam goreng.
Dia berkata niat mereka adalah untuk menyiarkan kandungan tentang membuat amal, dan menambah video itu sepatutnya video pertama daripada siri yang dirancang.
“Tetapi kami tidak menjangka video ini akan menimbulkan kemarahan yang begitu besar, dan ini adalah kesilapan kami. Kami minta maaf.
“Kami telah bungkus makanan lengkap dari awal lagi, yang kami berikan kepadanya selepas itu. Dia tahu tentang perkara ini dari awal lagi.
“Kami minta maaf. Kami akan lebih ikhlas dalam memberi sumbangan kepada masyarakat dan menghasilkan video yang lebih bermakna. Kami berharap semua orang akan memaafkan kami, kami minta maaf,” katanya.
Video yang telah dipadamkan itu mencetuskan kecaman hebat daripada warganet, dengan sesetengah pihak menyeru siasatan dilancarkan terhadap mereka.
Ketika berita ini ditulis, dia mempunyai sekitar 140,000 pengikut di Instagram.