
Ketua Polis Negeri Sembilan, Ahmad Dzaffir Mohd Yussof, berkata setakat ini pihaknya tidak mengesan motif lain memandangkan suspek dalam proses perceraian.
“Hasil soal siasat mendapati motif kejadian dipercayai isu keluarga iaitu suspek serta isterinya dalam proses perceraian dan perebutan anak.
“Soal siasat mendapati kejadian di Jempol membabitkan lokasi kanak-kanak itu ditanam. Mayat itu ditanam di sini (di Rompin) kerana suspek sudah biasa dengan kawasan di Jempol,” katanya kepada Kosmo.
Pada 28 Julai, kanak-kanak berkenaan yang dilaporkan hilang di Taman Bukit Indah, Iskandar Puteri, Johor, pada 24 Julai, disyaki dibunuh selepas mayatnya dijumpai ditanam di kawasan Rompin, Jempol.
Laporan kehilangan dibuat suspek sendiri yang mendakwa anaknya hilang kira-kira 4 petang, 23 Julai ketika ditinggalkan berseorangan di dalam kereta semasa dia keluar membeli makanan.
Mayat mangsa ditemui susulan penahanan bapa kanak-kanak itu berusia 36 tahun oleh polis Johor.
Pada 29 Julai, Ahmad Dzaffir memaklumkan bedah siasat mendapati mangsa maut akibat dijerut menggunakan pengikat kabel.