
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Aedy Fadly Ramli, berkata pihaknya sudah menerima laporan berhubung kejadian dan akan melaksanakan Pemeriksaan dan Audit Keselamatan (Jisa) ke atas syarikat itu.
“Ya kita ada terima laporan dan kes kemalangan disiasat oleh polis.
“JPJ akan jalankan Jisa ke atas pengendali bas tersebut dan akan ambil tindakan selanjutnya selepas laporan audit diterima,” katanya ketika dihubungi, menurut Harian Metro.
Terdahulu, media melaporkan seorang guru dan tiga murid Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Ampang cedera selepas bas dinaiki melanggar pokok di lokasi berkenaan.
Kejadian 12.18 tengah hari ketika bas dipandu lelaki berusia 44 tahun membawa lima guru pengiring dan 30 murid dalam perjalanan dari arah sebuah kilang coklat menuju ke G2G Animal Garden MAEPS, Serdang
Sebelum itu, satu klip video rakaman kamera papan pemuka kenderaan memaparkan kemalangan turut tular di media sosial.