PRN Sabah: BN mahu tanding sekurang-kurangnya 1 DUN di setiap Parlimen

PRN Sabah: BN mahu tanding sekurang-kurangnya 1 DUN di setiap Parlimen

Hasrat itu disuarakan Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan bagi suntik semangat dan menenangkan ahli.

Mohamad Hasan berkata perkara dibangkit itu akan dibincang di peringkat tertinggi menerusi Jawatankuasa Perunding Umno dan setiausaha agung parti komponen BN. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Mohamad Hasan menyuarakan hasrat supaya sekurang-kurangnya satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) Sabah bagi setiap kawasan Parlimen menjelang PRN.

Timbalan pengerusi BN berkata, berbanding PRN Sabah lalu, ada Parlimen di mana kawasan DUN langsung tidak ditandingi calon gabungan itu.

“Keadaan ini boleh melemahkan semangat ahli dan jentera Umno-BN di kawasan berkenaan kerana mereka tidak mempunyai peranan ketika pilihan raya berlangsung.

“Apabila tidak diberi peluang, ada yang mungkin kecewa dan akhirnya memilih meninggalkan parti dan ini sesuatu yang tidak baik.

“Kalau dalam satu Parlimen ada dua atau tiga kerusi DUN, sekurang-kurangnya satu kerusi diberi kepada BN untuk bertanding. Ini boleh menyuntik semangat dan menenangkan hati ahli-ahli parti di kawasan terbabit,” katanya menurut Berita Harian.

Mohamad yang juga timbalan presiden Umno berkata demikian selepas merasmikan Majlis Perasmian Serentak Mesyuarat Perwakilan Umno, di Dewan Terbuka Membakut,

Mengulas lanjut, Mohamad berkata perkara dizahirkan tersebut akan dibincangkan lebih mendalam di peringkat tertinggi menerusi Jawatankuasa Perunding Umno dan setiausaha agung parti komponen BN.

“Kita serahkan dulu kepada jawatankuasa perunding dan setiausaha-setiausaha agung parti komponen. Tetapi, ini pesanan saya kepada setiausaha agung, jangan abaikan hasrat kita ini.

“Sekurang-kurangnya satu kerusi dalam setiap Parlimen mesti ada wakil BN yang bertanding di kawasan itu.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.