
Pemangku Ketua Polis Kuantan, Mohd Adli Mat Daud, berkata siasatan awal mendapati kenderaan dalam perjalanan dari Kuantan ke Kuala Lumpur itu hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri lebuh raya kira-kira 7.30 malam Jumaat.
Beliau berkata, tiga lelaki maut di lokasi kejadian, manakala dua lagi cedera.
“Siasatan mendapati pemandu MPV terbabit tiada lesen memandu serta cukai jalan kenderaan terbabit sudah tamat tempoh sejak Mei 2025,” katanya menurut Berita Harian.
Mangsa maut ialah pemandu MPV, Md Sabber Hasan, 30, serta penumpang Md Jahid Hasan, 21, dan seorang lagi yang hanya dikenali Abdullah, 24.
Mayat tiga mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan dan dua mangsa cedera turut dihantar ke hospital sama untuk rawatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kemalangan maut.