Simpanan pecah 2, KWSP teliti cadangan RMK13

Simpanan pecah 2, KWSP teliti cadangan RMK13

KWSP merujuk cadangan asing caruman kepada simpanan persaraan dan pencen persaraan.

KWSP EPF
Sebarang keputusan melibatkan simpanan ahli hanya akan dibuat selepas sesi libat urus menyeluruh dengan pihak berkepentingan.
KUALA LUMPUR:
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengambil maklum pertimbangan kerajaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk memperkenalkan skim bayaran pencen secara bulanan bagi ahli KWSP.

KWSP dalam kenyataan memaklumkan, cadangan itu sedang diteliti dan sebarang keputusan hanya akan dibuat selepas sesi libat urus menyeluruh dengan pihak berkepentingan dan pertimbangan sewajarnya terhadap kepentingan jangka panjang ahli.

Menurut KWSP buat masa ini, peraturan dan mekanisme pengeluaran kekal seperti sedia ada.

“Sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan melalui saluran rasmi dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

Menurut dokumen RMK13 dikeluarkan Kementerian Ekonomi semalam, kerajaan akan meneroka satu mekanisme baharu bagi menjamin pendapatan berterusan selepas bersara, bertujuan meningkatkan kesejahteraan pekerja.

Antara langkah dicadangkan ialah pengasingan caruman KWSP kepada dua komponen iaitu simpanan persaraan dan pencen persaraan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.