Rasuah RM635,000: 2 lagi polis ditahan, direman

Rasuah RM635,000: 2 lagi polis ditahan, direman

Sehingga kini, SPRM Johor menahan empat suspek berkaitan kes tersebut, menurut sumber.

macc sprm
Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009, menurut Timbalan Pengarah Operasi SPRM Johor Hairul Ilham Hamzah.
PETALING JAYA:
Dua lagi anggota polis direman kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM635,000 daripada seorang individu sebagai balasan tidak mengambil tindakan atas kesalahan kegiatan perjudian.

Memetik sumber, Bernama melaporkan dua suspek lelaki berusia lingkungan 30an itu ditahan kira-kira 9 malam semalam ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Johor.

Tangkapan itu susulan penangkapan dua anggota polis semalam dan sehingga kini SPRM menahan empat suspek berkaitan kes tersebut, menurut sumber.

Perintah reman enam hari terhadap dua suspek itu sehingga 5 Ogos ini dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Chai Ing Hien selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Johor Bahru pagi tadi.

Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi SPRM Johor Hairul Ilham Hamzah ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.