Polis ditikam ketika ronda cegah jenayah

Polis ditikam ketika ronda cegah jenayah

Suspek berusia 56 tahun itu difahamkan memiliki 14 rekod jenayah lampau.

Seorang anggota polis ditikam di perut ketika suspek diperiksa dalam tugasan cegah jenayah di Jalan Pudu.
PETALING JAYA:
Seorang anggota polis ditikam di perut ketika melakukan pemeriksaan ke atas seorang suspek di Jalan Yew, Jalan Pudu, Kuala Lumpur, tengah hari tadi.

Berita Harian memetik sumber sebagai berkata, difahamkan suspek lelaki itu berusia 56 tahun memiliki 14 rekod jenayah lampau.

Katanya, kejadian berlaku semasa anggota dari Balai Polis Pudu berkenaan melakukan tugasan cegah jenayah.

“Suspek bertindak menikam mangsa dengan menggunakan pisau dan terus melarikan diri. Bagaimanapun, dia dapat ditangkap semula tidak jauh dari lokasi kejadian.

“Anggota polis terbabit dikejarkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Cheras,” katanya menurut laporan itu.

Polis turut merampas pisau disyaki digunakan suspek.

Sementara itu, Ketua Polis Wangsa Maju, Mohamad Lazim Ismail, berkata kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.