Bekas hakim kanan ketuai majlis penasihat reformasi undang-undang Sabah

Bekas hakim kanan ketuai majlis penasihat reformasi undang-undang Sabah

Majlis itu akan menasihati kerajaan negeri berhubung reformasi undang-undang disasarkan serta tambah baik tadbir urus.

Hajiji Noor bersama David Wong (tiga kiri) dan ahli majlis penasihat reformasi undang-undang Sabah selepas menerima surat pelantikan. (Gambar Sabah Government)
PETALING JAYA:
Bekas hakim besar Sabah dan Sarawak, David Wong dilantik sebagai pengerusi majlis penasihat yang ditugaskan untuk meneliti reformasi undang-undang di Sabah.

Ketua Menteri, Hajiji Noor, berkata penubuhan Majlis Penasihat Reformasi Undang-undang Sabah bertujuan memperkukuh tadbir urus serta menegakkan kedaulatan undang-undang negeri itu selain memodenkan kerangka perundangan sedia ada.

Katanya, majlis itu akan menilai undang-undang negeri yang ada dan mencadangkan pembaharuan relevan demi memenuhi keperluan rakyat Sabah.

“Kerajaan negeri mengharapkan pandangan serta cadangan bernas daripada majlis ini, yang dijangka menjadi asas kepada reformasi undang-undang bermakna di Sabah,” katanya dalam kenyataan.

Majlis itu turut dianggotai bekas presiden Persatuan Undang-undang Sabah, Roger Chin, serta peguam kanan Daniel Tan, David Fung, John Sikayun dan Shakinur Ain Karama.

Hajiji berkata, majlis itu bersifat bebas dan tidak berpihak, serta akan memastikan setiap cadangan reformasi dikemukakan berpaksikan realiti sosio budaya, nilai dan adat masyarakat Sabah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.