
Ketua Polis Klang Utara S Vijaya Rao, berkata dalam kejadian sekitar 7 malam itu, suspek bersenjatakan parang berjaya melarikan wang tunai RM823.
“Berdasarkan pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV), tiga daripada suspek telah memasuki premis itu manakala tiga lagi menunggu di luar bersama tiga buah motosikal,” katanya dalam kenyataan.
Vijaya berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi IPD Klang Utara di talian 03-32912222 bagi membantu siasatan.
Terdahulu, tular video berdurasi 52 saat di aplikasi TikTok yang menunjukkan tiga suspek memakai topi keledar dan berparang memasuki pusat snuker itu serta bertindak menggugut penjaga kaunter untuk menyerahkan wang.
Semasa kejadian, terdapat beberapa pelanggan sedang bermain snuker di premis berkenaan.