2 warga Turki hilang kapal layar karam di Pulau Yu

2 warga Turki hilang kapal layar karam di Pulau Yu

Maritim Malaysia berkata seorang lagi mangsa ditemui selamat selepas hanyut di laut selama 25 jam.

Pengarah Maritim Malaysia, Terengganu Hamiludin Che Awang berkata kapal layar itu berlayar dari Pulau Tioman, Pahang menuju ke Pattani, Thailand sebelum karam akibat dipukul ribut. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Dua warga Turki hilang manakala seorang lagi ditemui selamat selepas hanyut selama 25 apabila kapal layar yang dinaiki mereka karam di perairan Pulau Yu di Kuala Terengganu pada Selasa.

Pengarah Maritim Malaysia, Terengganu Hamiludin Che Awang berkata kapal layar Daisy dengan bendera Turki itu berlayar dari Pulau Tioman, Pahang menuju ke Pattani, Thailand.

Katanya, kapal layar itu kemudiannya dipukul ribut dan terbalik di kira-kira 30 batu nautika dari perairan Pulau Yu, lapor Bernama.

Hamiludin berkata kejadian itu menyebabkan kapten kapal layar itu dan dua pelancong lelaki warga Turki jatuh ke laut.

“Seorang mangsa bernama Ates Demiroren dijumpai dan diselamatkan oleh kru kapal tunda tempatan selepas hanyut di laut selama 25 jam manakala kapten dan seorang lagi mangsa belum ditemui,” katanya.

Beliau berkata, mangsa yang terselamat itu dibawa ke balai polis Kuala Terengganu untuk tindakan lanjut.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat mangsa telah diaktifkan pada 3 petang tadi dan Bot Peronda Perkasa 48 digerakkan ke lokasi untuk mencari mangsa.

Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat atau penemuan berkaitan kejadian berkenaan diminta menghubungi Pusat Operasi Maritim Terengganu di talian 013-7464357 yang beroperasi 24 jam, bagi membantu operasi Carilamat

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.