Wanita dituduh bunuh ibu teman lelaki

Wanita dituduh bunuh ibu teman lelaki

M Shobna didakwa melakukan perbuatan itu pada 15 Julai lalu.

M Shobna didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas pertuduhan membunuh ibu kepada teman lelakinya dua minggu lalu. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang penganggur didakwa di Mahkamah Majistret Teluk Intan atas pertuduhan membunuh wanita yang juga ibu kepada teman lelakinya, dua minggu lalu.

Tertuduh, M Shobna, 37, hanya memahami pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman, menurut Harian Metro.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan memandangkan kes bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut kertas pertuduhan, wanita itu didakwa membunuh M Sumathy, 66, di bilik rumah di Jalan Teratai J4/1 Taman Indah Jaya, Teluk Intan, kira-kira 3 pagi, 15 Julai lalu.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun namun tidak melebihi 40 tahun dan jika tidak dihukum mati maka hendaklah dikenakan juga hukuman sebat tidak kurang 12 sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Nur Darwis Aghhiya Halim Azizi mengendalikan pendakwaan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Pendakwaan tidak menawarkan jaminan dan mahkamah menetapkan 11 Sept sebagai tarikh sebutan semula untuk serahan laporan bedah siasat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.