
Ketua Polis Bera, Zulkiflee Nazir, berkata Mohd Sabri Bakar, 59, yang bertugas di Sekolah Kebangsaan Durian Hijau, Jerantut disahkan meninggal dunia di lokasi kira-kira 6.30 petang Selasa.
“Siasatan awal mendapati Sabri dalam perjalanan ke rumah abangnya di Kampung Guai dan semasa tiba di lokasi kemalangan, mangsa dipercayai hilang kawalan serta terbabas ke bahu jalan.
“Mangsa telah dikeluarkan orang awam sebelum keretanya terbakar 80% akibat kemalangan itu,” katanya dalam kenyataan malam tadi.
Dalam kes berasingan, Zulkiflee berkata, seorang warga emas maut dipercayai dihempap pokok ketika menunggang motosikal di KM34 Jalan Kuala Bera-Chenor.
Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat yang menimpa Kamar Seman, 65, pada 7 malam Selasa.
Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Bera untuk bedah siasat.