
Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah) mendakwa beliau masih tidak dibenarkan untuk memberi sumbangan kepada sebuah sekolah, sungguhpun telah berjanji ia akan disalur tanpa beliau berada di sekolah berkenaan.
“Bantuan itu tiada motif politik pun… adakah disebabkan saya dari pihak pembangkang?” katanya dalam perbahasan Rang Undang-undang Pendidikan 2025.
Ikmal memberitahu Dewan Rakyat bahawa pertanyaan lanjut kepada Jabatan Pendidikan Negeri tidak dijawab.
Ahli politik Bersatu ini juga meminta Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek mempertimbangkan permohonannya untuk membantu sekolah berkenaan, yang dihantar pada Selesa lepas.
Ikmal pernah membangkitkan di Dewan Rakyat isu tatacara pemberian sumbangan oleh organisasi pada Julai.
Fadhlina ketika itu berkata semua bentuk sumbangan atau penglibatan luar termasuk orang kenamaan dan ahli politik di institusi bawah Kementerian Pendidikan perlu mematuhi garis panduan sedia ada.
Menurutnya, semua bentuk sumbangan atau pendanaan awam hendaklah disalurkan mengikut ketetapan yang digariskan dalam suatu surat pekeliling bertarikh 29 Mac 2018.