Islam tak ajar doa kehancuran sesama Islam, menghina, kata Dr Akmal

Islam tak ajar doa kehancuran sesama Islam, menghina, kata Dr Akmal

Ketua pemuda Umno selar doa kehancuran dan menghina Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang disamakan dengan haiwan dalam peranannya menyelesaikan konflik Kemboja dan Thailand.

anwar ibrahim
Anwar Ibrahim menjadi orang tengah bagi mendamaikan pertelingkahan dua negara Asean, Thailand dan Kemboja. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh menyelar pihak mendoakan kehancuran dan menghinanya Perdana Menteri Anwar Ibrahim dengan menyamakannya sebagai haiwan.

Persamaan dengan haiwan itu diberikan susulan peranan Anwar sebagai ketua rundingan dalam menyelesaikan konflik Kemboja dan Thailand.

Akmal Saleh
Dr Akmal Saleh.

Enggan menjadi ‘penjilat’ kepada Anwar, Akmal menegaskan pihak tidak setuju dengan perdana menteri itu seharusnya menentang dengan fakta, bukannya emosi tidak matang.

“Tetapi islam tidak ajar untuk mendoakan kehancuran sesama Islam.

“Islam tidak mengajar kita untuk menghina orang lain,” katanya di Facebook.

Kelmarin, Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari memuat naik karikatur memaparkan monyet bertindak sebagai hakim manakala kambing dan biri-biri sedang berebutkan pisang.

“Kambing dan biri-biri seeloknya tidak perlu kepada monyet untuk menjadi orang tengah dalam kes berebut pisang,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu.

Bagaimanapun, hantaran itu telah dipadam hari ini selepas mendapat kritikan pelbagai pihak, susulan kejayaan perdana menteri menjadi ‘pendamai’ konflik antara Thailand dan Kemboja.

Pada perhimpunan pembangkang, Sabtu lalu, Ahli Parlimen Jasin Zulkifli Ismail yang juga dari PAS membacakan doa Qunut Nazilah ketika penutup program itu.

Qunut Nazilah dibaca apabila umat Islam ditimpa sesuatu musibah.

Semalam, Anwar selaku pengerusi Asean 2025 bertindak sebagai hos dan saksi kepada perbincangan bersejarah melibatkan Thailand dan Kemboja yang sedang berperang.

Menerusi mesyuarat khas bersama Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai, kedua-dua negara bersetuju melaksanakan gencatan senjata serta-merta tanpa syarat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.