Rundingan kerusi PH-BN PRN Sabah selesai, kata setiausaha agung PKR

Rundingan kerusi PH-BN PRN Sabah selesai, kata setiausaha agung PKR

Fuziah Salleh berkata gabungan tersebut akan bertanding bersama dalam pilihan raya itu sebagai satu pasukan.

Setiausaha Agung Fuziah Salleh berkata PKR mengalu-alukan kerjasama dengan mana-mana parti dalam menghadapi PRN Sabah.
PETALING JAYA:
Rundingan pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bagi PRN Sabah sudah selesai, kata Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh.

Beliau berkata, gabungan tersebut akan bertanding bersama dalam pilihan raya itu sebagai satu pasukan, lapor Berita Harian.

“PKR sentiasa mengalu-alukan kerjasama dengan mana-mana parti dalam menghadapi PRN Sabah,” katanya dipetik berkata.

Namun, beliau tidak mendedahkan jumlah kerusi akan ditandingi setiap gabungan.

Semalam, Timbalan Pengerusi PH Sabah, Mustapha Sakmud, berkata gabungan itu menyasarkan antara 23 hingga 25 kerusi.

Pada Mei lalu, Ketua Penerangan Umno Sabah, Suhaimi Nasir, menyatakan BN tetap dengan pendirian bertanding di 40 kerusi.

Pengesahan Fuziah yang PH dan BN memuktamadkan rundingan pembahagian kerusi hadir sehari selepas Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Hajiji Noor, mengumumkan gabungan itu akan membentuk kerjasama dengan PH bagi PRN.

Hajiji juga berkata, perbincangan mengenai pembahagian kerusi dengan PH sudah diadakan dan ‘formula asas’ telah dibentuk walaupun belum dimuktamadkan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.