Insiden sebat patung serupa PM, 2 lelaki ditahan

Insiden sebat patung serupa PM, 2 lelaki ditahan

Ketua Polis Negara Khalid Ismail berkata peralatan komunikasi dipercayai diguna memuat naik dan menghantar maklumat berkaitan insiden turut dirampas.

Mohd Khalid Ismail
Ketua Polis Negara Khalid Ismail berkata dua lelaki itu masing-masing berusia 21 dan 47 tahun.
PETALING JAYA:
Dua lelaki berusia 21 dan 47 tahun ditahan kerana disyaki terlibat insiden menyebat patung mirip Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam Himpunan Turun Anwar, pada Sabtu.

Ketua Polis Negara Khalid Ismail, berkata peralatan komunikasi dipercayai digunakan memuat naik dan menghantar maklumat berkaitan insiden itu turut dirampas.

“Permohonan reman ke atas kedua-dua individu yang ditangkap akan dibuat,” katanya dalam kenyataan.

Awal hari ini, pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Usuf Jan Mohamad, berkata siasatan mengenai insiden berkenaan sudah berjalan.

Dalam pada itu, Khalid berkata kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Beliau menasihatkan orang ramai menjadi pengguna media sosial berhemah dan tidak menggunakannya sebagai alat berkecenderungan menghasut sehingga boleh cetus ketidakharmonian dan menjejaskan ketenteraman awam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.