
Operasi bersepadu pada 10.30 pagi Jumaat lalu itu dijalankan Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKNDKA) Bukit Aman, Bahagian Siasatan Jenayah IPD Papar, Pasukan Gerakan Am Kota Kinabalu, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kota Kinabalu dan Majlis Daerah Papar.
Pengarah JKDNKA, Azmi Abu Kassim, berkata seorang lelaki tempatan, warga Indonesia dan Filipina berusia 38 hingga 59 tahun ditahan ketika serbuan ke atas sebuah premis di Kampung Kambizaan, Jalan Kayau.
“Hasil pemeriksaan membawa kepada rampasan 936 ekor ayam sabung dipercayai baka Filipina, besi penanda ayam Filipina (107), sangkar (30) dan pelbagai peralatan suntikan serta ubat-ubatan,” katanya menurut Harian Metro.
Menurutnya, semua rampasan dianggarkan bernilai RM4,684,825.20 dan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1) Enakmen Haiwan 2015 atas kesalahan mengimport haiwan tanpa lesen veterinar.