
“Difahamkan atas faktor kesihatan, sebab ‘crowd’ (peserta) besar sangat,” kata Ketua Penerangan Pemuda PAS, Khairul Nadzir Helmi Azhar ketika dihubungi FMT.
Kali terakhir Hadi turun pada himpunan sama di Alor Setar pada 18 Julai.
Pada kemuncak himpunan di Dataran Merdeka petang tadi, PAS diwakili Timbalan Presiden Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Penerangan Fadhli Shari sebagai pengacara, serta Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan.
Perhimpunan bermula 2 petang itu turut dihadiri Dr Mahathir Mohamad; Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden Bersatu Hamzah Zainudin, Setiausaha Agung PN Azmin Ali, dan Menteri Besar Kedah Sanusi Md Nor.
Terdahulu, Polis Kuala Lumpur menganggarkan sekitar 18,000 menyertai perhimpunan itu, namun penganjur Pemuda PN mendakwa jumlah peserta melebihi 200,000 berdasarkan kiraan sendiri.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Usuf Jan Mohamad, berkata tiada insiden tidak diingini berlaku dan keseluruhan perhimpunan berlangsung dengan aman, kecuali pentas di Dataran Merdeka yang telah dibuka pihak berkuasa.
Usuf turut merakamkan penghargaan kepada peserta kerana berhimpun aman.