
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada laporan bahawa Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari mendakwa 500,000 hadir setakat 3.30 petang tadi.
“Anggaran yang lebih realistik yang saya terima adalah dalam lebih kurang 18,000-20,000,” kata pemimpin DAP itu di media sosial.
Beliau bagaimanapun menambah, perkara yang penting adalah hak berhimpun ‘dipelihara dan dihormati’.
Menjawab komen pengguna media sosial bahawa bukan kuantiti peserta yang penting tetapi mesej yang hendak disampaikan, dan pemimpin yang bagus harus mendengar, Syahredzan berkata: “‘Never about quantity’, tapi pemimpin awak yang ‘claim’ sampai satu juta boleh turun”.
Himpunan digelar Turun Anwar itu kini sedang berlangsung di Dataran Merdeka dengan 18 pemimpin politik dan NGO dijangka berucap petang ini.