
Bagaimanapun, Mohamad Aznee Osman, 37, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret Farah Nabihah Muhamad Dan, lapor Sinar Harian.
Mengikut pertuduhan, Aznee didakwa mengaibkan kehormatan pelajar berusia 23 tahun itu dengan meminta mangsa mencukur bulu kemaluannya di pejabat jabatan berkenaan, pada 1.58 tengah hari, 4 April lalu.
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara selama lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.
Pegawai pendakwa polis, M Alli Nangai mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin RM5,000, namun peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan yang mewakili tertuduh merayu jaminan minimum diberikan.
Peguam itu berkata Aznee perlu menanggung isteri yang tidak bekerja dan tiga anak yang salah seorangnya orang kurang upaya.
Farah Nabihah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM2,500 dengan seorang penjamin dan menetapkan 3 Sept ini untuk sebutan semula kes.