
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, ia bergantung kepada situasi dari semasa ke semasa.
Katanya, perhimpunan itu dijadual berlangsung di lima lokasi utama iaitu Masjid Negara, Pasar Seni, Masjid Jamek Sultan Abdul Samad, Masjid Jamek Kampung Baru dan pusat beli belah Sogo, sebelum peserta bergerak ke Dataran Merdeka.
Antara laluan yang dijangka dilencongkan adalah:
- Jalan Maharalela/susur ke Jalan Syed Putra;
- Jalan Kinabalu/pusingan-U ke Public Bank;
- Bulatan Sultan Mohamad;
- Jalan Kinabalu/susur keluar ke terowong Bukit Aman;
- Jalan Kinabalu/susur keluar ke bulatan Dato Onn;
- Bulatan Dato Onn (laluan kiri dan kanan);
- Bulatan Dato Onn dari arah Jalan Parlimen;
- Jalan Sultan Salahuddin/Bulatan Dato Onn;
- Jalan Kuching/susur keluar Jalan Sultan Ismail;
- Jalan Kinabalu (dari Bulatan Segambut ke arah Bulatan Dato Onn);
- Jalan Kinabalu (dari Masjid Negara ke Bulatan Dato Onn);
- Jalan Lebuh Pasar Besar/Jalan Hang Kasturi;
- Jalan Hishamuddin/Jalan Raja;
- Jalan Parlimen/Jalan Raja Laut;
- Jalan Tuanku Abdul Rahman/ Jalan Tun Perak; dan
- Lebuh Ampang/Jalan Tun Perak.
Usuf turut menasihati orang ramai merancang perjalanan lebih awal bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan menggunakan pengangkutan awam.
Semalam, Usuf berkata tiada jalan yang akan ditutup di pusat bandar menjelang perhimpunan itu yang dijangka dihadiri kira-kira 10,000 hingga 15,000 peserta.
Perikatan Nasional yang menganjurkan perhimpunan itu bagi mendesak Anwar Ibrahim meletak jawatan, menjangkakan kehadiran lebih 300,000 peserta.
Polis menempatkan lebih 2,000 anggota untuk mengawal keselamatan sepanjang perhimpunan.