
Ketua Cabang Tenggara, Fakharuddin Moslim, berkata kerajaan hari ini dibina hasil gabungan pelbagai parti maka serangan terhadap seorang individu tidak lebih daripada dendam politik semata-mata.

“Mereka hanya pandai menjatuhkan, tetapi tidak pernah menawarkan pelan membina.
“Menyasarkan Anwar bukan kerajaan atau dasar membuktikan himpunan ini bukan untuk rakyat, tetapi demi memenuhi nafsu politik dan dendam terhadap seorang individu,” katanya dalam kenyataan.
Semalam, Ketua Pemuda PN Afnan Hamimi Taib Azamudden menjelaskan himpunan Sabtu ini menyasarkan Anwar secara peribadi dan bukan struktur kerajaan perpaduan secara keseluruhan.
Fakharuddin mengingatkan pembangkang tindakan menukar perdana menteri perlulah selari dengan Perlembagaan Persekutuan iaitu melalui Parlimen, bukan jalanan atau pintu belakang.
“Persoalannya, adakah PN cukup jumlah untuk membawa usul undi tidak percaya di Parlimen? Jika tidak, maka himpunan ini hanyalah retorik politik untuk kekal relevan,” katanya.