Salah guna kuasa, penolong pegawai perubatan ditahan reman

Salah guna kuasa, penolong pegawai perubatan ditahan reman

Suspek berusia 50-an itu ditahan bagi membantu siasatan melibatkan kontrak kerja berkaitan logistik bernilai RM20,000 untuk syarikat milik isterinya.

handcuff
Suspek ditahan reman empat hari sehingga 28 Julai ini. (Gambar AFP)
LABUAN:
Seorang penolong pegawai perubatan kanan ditahan reman empat hari hingga 28 Julai ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menyalahgunakan kedudukan untuk menganugerahkan kerja-kerja berkaitan logistik kepada syarikat milik isterinya.

Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad mengeluarkan perintah itu hari ini selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Suspek lelaki berusia 50-an itu ditahan di Pejabat SPRM Labuan pada 5.40 petang semalam ketika hadir untuk memberi keterangan, menurut laporan Bernama.

Dia dipercayai telah menyalahgunakan kedudukan di tempat kerjanya pada 2023 dan 2024 bagi mendapatkan kontrak bernilai RM20,000 untuk syarikat milik isterinya.

Menerusi kenyataan hari ini, Pengarah SPRM Labuan Muhammat Azis Malmod berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.