
Ketua Polis Pasir Mas, Kama Azural Mohamed, berkata suspek berusia 24 tahun ditahan bersama seorang rakan sebayanya oleh Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Kampung Bukit Lata, Pasir Mas pada 7 malam Rabu.
“Hasil ujian air kencing mendapati kedua-dua suspek positif methamphetamin,” katanya menurut Harian Metro.
Suspek berasal dari Kampung Pak Jak di Pasir Mas itu direman tujuh hari hingga Rabu depan untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Syed Farid Syed Ali.
Sebelum ini, media melaporkan seorang wanita hamil tujuh bulan yang juga peniaga berusia 26 tahun ditemui mati dengan kesan tembakan dalam sebuah kereta di tepi jalan Kampung Repek, Pasir Mas.
Polis kemudian memburu seorang lelaki dikenali Zulhakimy Aiman Suhairuddin bagi membantu siasatan.