
Beliau berkata, langkah itu bagi memastikan pengguna domestik tidak terbeban dengan pembayaran bil selain menggalakkan penggunaan elektrik secara cekap dan berhemah.
“Pelaksanaan mekanisme (AFA) bagi menggantikan imbalance cost pass-through (ICPT) di mana pelarasan kos bahan api dibuat setiap bulan berbanding enam bulan,” katanya di Dewan Rakyat.
Beliau yang juga menteri peralihan tenaga dan transformasi air berkata, jadual tarif elektrik baharu Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Semenanjung berkuat kuasa 1 Julai lalu tidak memberi kesan kepada kebanyakan pengguna domestik.
Katanya, struktur baharu itu lebih telus dan memberikan maklumat kepada pengguna mengenai kos perlu dibayar bagi mendapatkan bekalan elektrik.
“Kerajaan menjangkakan perubahan yang minimum kepada bil elektrik pengguna domestik dan juga golongan PMKS (perusahaan mikro, kecil dan sederhana) dengan 85% pengguna domestik tidak akan terkesan dan terus dilindungi,” katanya.