
Ketua Polis Subang Jaya, Wan Azlan Wan Mamat, berkata suspek lelaki tempatan berusia 32 tahun ditahan di tepi jalan di SS19 Subang Jaya, 10 malam tadi.
Katanya, semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod jenayah lampau.
“(Suspek) kini direman empat hari bermula hari ini hingga 26 Julai bagi membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.
Wan Azlan berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berpunca daripada masalah hutang.
Polis giat mengesan tiga lagi individu dipercayai rakan suspek bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 365 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966.
Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat G Dinesh di talian 011 33094457 atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Subang Jaya di talian 03 78627222 / 03 78627100.