SMM nafi laporan keluar lesen lombong kepada Bumi Suria

SMM nafi laporan keluar lesen lombong kepada Bumi Suria

Sabah Mineral Management berkata pihaknya bukan badan kuasa menganugerah lesen dan Bumi Suria tak pernah diberi lesen penerokaan oleh kerajaan negeri.

sabah mineral management
Sabah Mineral Management Sdn Bhd berkata pihaknya tiada bidang kuasa menganugerah atau mengeluarkan lesen. (Gambar Sabah Mineral Management)
PETALING JAYA:
Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM) nafi laporan berita mendakwa syarikat itu menganugerahkan lesen penerokaan kepada sebuah syarikat milik ahli perniagaan Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak.

Dalam kenyataan kepada FMT, Ketua Pegawai Eksekutif SMM, Natasha Sim, menjelaskan agensi kerajaan negeri itu bukan badan mempunyai kuasa menganugerahkan lesen.

“Malah, kami juga tidak mempunyai bidang kuasa menganugerah atau mengeluarkan lesen.”

Terdahulu, MalaysiaNow melaporkan SMM menganugerahkan lesen penerokaan kepada Bumi Suria Sdn Bhd bagi tujuan perlombongan arang batu.

Menurut portal itu, Bumi Suria dimiliki bersama oleh Farhash dan Aminuddin Mustapha.

Menurut laporan berkenaan, syarikat itu didakwa telah diberi hak eksklusif meneroka dan mencari mineral di kawasan seluas 70,000 hektar di Hutan Simpan Kalabakan dan Gunung Rara berhampiran sempadan Kalimantan.

Bagaimanapun, Sim menjelaskan Bumi Suria tidak pernah diberi atau dianugerahkan sebarang lesen penerokaan oleh kerajaan negeri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.