
Sebelum ini, Felda mengumumkan kontrak beliau tamat 30 Jun lalu selepas melengkapkan perkhidmatan selama dua tahun.
Dalam kenyataan hari ini, Felda mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim atas kepercayaan diberikan kepada Shabery untuk terus menerajui lembaga itu.
“Pengurusan dan seluruh warga Kumpulan Felda menyambut baik pelantikan semula ini dan yakin bahawa pengalaman, wawasan serta komitmen tinggi beliau akan terus membawa Kumpulan Felda melangkah lebih jauh,” menurut kenyataan.
Shabery yang juga bekas Ahli Parlimen Kemaman dilantik sebagai pengerusi Felda pada 1 Julai 2023 menggantikan mantan menteri besar Terengganu Idris Jusoh.
Beliau pernah menjadi menteri pertanian dan industri asas tani, menteri penerangan serta bekas menteri belia dan sukan.