Kaji undang-undang kes laporan palsu, kata pakar

Kaji undang-undang kes laporan palsu, kata pakar

Nurhazlina Mohd Ariffin dari UUM berkata Seksyen 182 Kanun Keseksaan membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda RM2,000 dilihat tidak setimpal kesannya.

laporan polis
Nurhazlina Mohd Ariffin dari UUM berkata tindakan membuat laporan palsu mendatangkan banyak kesan negatif jika dibiarkan berleluasa. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Hukuman sedia ada terhadap individu membuat laporan palsu perlu dikaji agar setimpal kesan mengganggu pihak berkuasa, kata pakar.

Nurhazlina Mohd Ariffin dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, Seksyen 182 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda RM2,000 dilihat tidak setimpal dengan perbuatan itu, terutama jika melibatkan penggunaan aset keselamatan negara, mengganggu ketenteraman awam atau menyebabkan kerugian awam besar.

“Ini kerana, perbuatan begini boleh mendatangkan banyak kesan negatif jika dibiarkan berleluasa,” kata pensyarah kanan di Pusat Pengajian Psikologi Gunaan, Dasar dan Kerja Sosial UUM itu kepada FMT.

Polis pada awalnya membuka kertas siasatan berhubung laporan berkaitan kehilangan seorang pempengaruh, sebelum hasil siasatan mendapati laporan itu sengaja direka.

Anggota polis, bomba, dron dan anjing pengesan digerakkan bagi mencari pempengaruh itu susulan penemuan sebuah kereta dalam sungai.

Pada November 2024, polis memaklumkan ia menerima 107 panggilan palsu berkaitan banjir yang melanda Kelantan.

Pakar kriminologi, Shahul Hamid Abd Rahim, berkata Seksyen 182 Kanun Keseksaan perlu dipinda susulan laporan palsu difailkan pihak tidak bertanggungjawab.

“Sekarang ini, saya rasa memang ramai yang cuba nak buat laporan palsu, terutama kes fitnah membabitkan kewangan. Kalau hukuman itu tidak setimpal, pindaan undang-undang perlu dibuat untuk hukuman lebih tegas.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.