
Beliau berkata, kakitangan kerajaan perlu patuh dengan ikrar termaktub dalam Rukun Negara.
“Mana boleh turun, penjawat awam setiap hari, setiap minggu baca ikrar (Rukun Negara).
“Rukun Negara (antara prinsip), kesetiaan kepada raja dan negara…lupa ke? Taat setialah kepada raja dan negara,” katanya menuru Berita Harian selepas melancarkan Karnival Sukan Ansara 2025 di Putrajaya.
Isnin lalu, Ketua Pemuda Perikatan Nasional, Afnan Hamimi Taib Azamudden dilaporkan berkata, gabungan pembangkang itu menyasarkan 300,000 orang menyertai ‘Himpunan Selamatkan Malaysia: Turun Anwar’ di ibu negara pada 26 Julai ini berbanding sasaran 50,000 sebelum ini.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Mohamed Usuf Jan Mohamad dilaporkan berkata, pihaknya menjangkakan 10,000 hingga 15,000 orang menyertai himpunan itu dan penganjur sudah memaklumkan IPD Dang Wangi.
Katanya, seramai 2,000 pegawai dan anggota akan ditugaskan bagi membantu melancarkan perhimpunan itu selain menjaga keselamatan peserta serta orang awam.