NGO lapor polis dakwa blog fitnah KM Sabah

NGO lapor polis dakwa blog fitnah KM Sabah

Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia Zulkarnain Mahdar berkata catatan blog itu digunakan parti pembangkang negeri untuk mencemarkan reputasi Hajiji Noor.

Zulkarnain Mahdar
Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia Zulkarnain Mahdar memfailkan laporan di Balai Polis Sri Petaling hari ini.
KUALA LUMPUR:
Sebuah NGO membuat laporan terhadap satu blog memuat naik artikel mendakwa Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor terbabit skandal perlombongan di negeri itu.

Pengerusi Gerakan Kuasa Rakyat Malaysia (G57), Zulkarnain Mahdar mendakwa artikel itu – “The real scandal is not in the jet, but in Hajiji Noor’s silence” – yang disiarkan di Malaysianspeaks, memfitnah dan akan menimbulkan persepsi negatif terhadap Hajiji.

“Mereka ‘memutar belit’ naratif bahawa Hajiji terbabit skandal perlombongan di Sabah dan beliau mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif Sabah Mineral Management (SMM), Natasha Sim menerima rasuah,” katanya selepas memfailkan laporan di Balai Polis Sri Petaling di sini.

Beliau mendakwa artikel itu digunakan parti pembangkang negeri, khasnya Warisan dan Umno Sabah, untuk mencemarkan reputasi Hajiji serta melemahkan kerajaan negeri.

Justeru, Zulkarnain menggesa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menyiasat portal serta individu terbabit.

Semalam, Malaysiakini melaporkan Umno Sabah mempersoalkan sama ada perjalanan mewah Sim didakwa bernilai RM400,000 dengan menaiki jet peribadi diluluskan lembaga pengarah SMM yang dipengerusikan Hajiji.

Ini menyusul gambar tular di media sosial didakwa menunjukkan Sim, Setiausaha SMM Emily Chong dan taikun kayu Sabah, Elbert Lim berdiri di luar jet peribadi dikatakan milik seorang taikun arang batu Indonesia.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.