
Presidennya, Mohammad Sabu, berkata Pakatan Harapan (PH) sedang berunding untuk memuktamadkan kerusi ditandingi setiap parti komponen selepas rundingan dengan Barisan Nasional selesai.
Menteri pertanian dan keterjaminan makanan itu berkata, rundingan dua daripada lima kerusi itu sudah selesai, manakala kerusi Tanjung Aru, Lumadan dan Sulabayan masih dalam proses rundingan.
Beliau yang enggan mendedahkan dua kerusi itu, memberi jaminan Amanah tetap utuh dalam kerjasama PH Sabah tidak kira apa keadaannya.
“Itupun belum pasti (kerusi disasarkan), ia cuma hasrat kita, sama ada dapat atau tidak di tempat yang disebut itu, kita serah kepada rundingan. Tapi, kami berjanji apa suasana pun, kita tetap utuh,” katanya menurut Harian Metro selepas melancarkan jentera pilihan raya Amanah bagi PRN Sabah di Kota Kinabalu.
Mohammad yang dikenali Mat Sabu berkata, jumlah sebenar kerusi yang akan ditandingi setiap parti hanya diketahui selepas keputusan muktamad ditandatangani ketua parti.
Mengulas sentimen digunakan parti tempatan di Sabah untuk menarik sokongan pada PRN kali ini, timbalan pengerusi PH itu berkata, ia bergantung kepada siapa yang mengukur sentimen terbabit.
Di pihak Amanah, beliau berkata, walaupun kedudukannya sebagai parti nasional, pemimpin dan calon yang menggerakkan parti itu di Sabah adalah orang Sabah sendiri.