
Turut direman dua pengarah syarikat pembinaan terkemuka itu.
Suspek lelaki yang berjawatan pengurus kontrak syarikat direman tujuh hari hingga 24 Julai manakala isterinya direman tiga hari hingga 20 Julai.

Sementara dua suspek lelaki berjawatan pengarah syarikat berkenaan direman lima hari hingga 22 Julai selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, pagi tadi.
Sumber berkata, semua suspek berusia lingkungan 40 hingga 60-an ditahan dalam Op Ways dijalankan Bahagian Siasatan SPRM di sekitar Lembah Klang, semalam.
Katanya, dalam operasi itu SPRM menyita wang tunai kira-kira RM7.5 juta yang ditemui di rumah milik pengurus kontrak syarikat berkenaan.
“Wang itu dipercayai rasuah yang dibayar kepada suspek sebagai balasan mendapatkan enam tender perolehan projek berkenaan.
“Siasatan awal mendapati suspek telah menetapkan bayaran wang rasuah sebanyak 2.5% bagi setiap tender perolehan projek yang diperoleh dua syarikat berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Ahmad Khusairi Yahaya, ketika dihubungi mengesahkan penahanan dan memaklumkan kes disiasat bawah Seksyen 16(a)(A) dan Seksyen 17(A) Akta SPRM 2009.