Lelaki tular tak senonoh di tempat awam ditahan

Lelaki tular tak senonoh di tempat awam ditahan

Suspek berusia 55 tahun itu dikesan mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah.

pakcik tidak sopan tempat awam
Tangkap layar video tular menunjukkan seorang lelaki berkelakuan tidak sopan di tempat awam pada Rabu lepas.
KLUANG:
Seorang lelaki yang tular kerana videonya berkelakuan tidak sopan di tempat awam pada Rabu lepas ditahan polis kira-kira 5 petang, semalam.

Ketua Polis Kluang, Bahrin Mohd Noh, berkata sebaik menerima laporan, pihaknya telah melakukan siasatan dan mendapati kejadian berlaku di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Batu 4 pada 4.16 petang.

Beliau berkata lelaki berusia 55 tahun itu ditahan di tepi Jalan Besar Mersing dan menerusi semakan mendapati suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah, namun saringan ujian air kencing negatif dadah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 377D Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara selama tempoh dua tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial satu video berdurasi 12 saat memaparkan seorang lelaki sedang melakukan aksi tidak senonoh sambil memegang telefon bimbit di tepi jalan raya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.