Dadah boleh diguna 100,000 orang dirampas

Dadah boleh diguna 100,000 orang dirampas

Polis rampas serbuk MDMA dengan anggaran berat 13,465g dalam serbuan di Pulau Pinang.

Ketua Polis Pulau Pinang, Mohd Alwi Zainal Abidin
Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Mohd Alwi Zainal Abidin, mengumumkan serbuan ke atas sebuah kediaman yang dijadikan tempat memproses dadah. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Polis merampas sejumlah dadah yang boleh digunakan oleh seramai 100,000 orang, dalam satu serbuan di Pulau Pinang pada Rabu.

Pemangku Ketua Polis Pulau Pinang, Mohd Alwi Zainal Abidin, mengumumkan penemuan serbuk MDMA dengan anggaran berat 13,465g dalam sebuah kediaman yang dijadikan tempat memproses dadah.

“Risikan mendapati aktiviti pengedaran dadah oleh sindiket ini bergiat aktif pada Mac 2025,” menurut kenyataan.

“Keseluruhan dadah yang dirampas ini boleh digunakan oleh seramai 100,000 orang atau 100,000 kali penggunaan.”

Selain rampasan peralatan memproses MDMA, polis turut menahan dua warga tempatan – salah seorangnya berusia 62 tahun – di George Town.

Mereka direman selama tujuh hari bermula semalam sehingga 23 Jul untuk siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya, yang jika disabit kesalahan hendaklah dikenakan hukuman mati atu penjara seumur hidup, dan sebatan rotan tidak kurang daripada 12 sebatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.